My Dear Followers^_^

24 Jun 2011

Cemburu...

Cemburu…
Salah satu penyakit hati yang mampu merosakkan jiwa seorang manusia. Cemburu itu tanda sayang. Tetapi, jika ia dibiar melebihi aras yang sepatutnya, tidak mustahil cemburu itu mengundang padah.

Aku…
sering kali gagal mengawal penyakit yang bersarang di hati ini, walau setiap kali mencuba. Ini membuatkan diriku tidak selesa dan buntu. Mungkin orang lain merasakan cemburu itu adalah sesuatu yang normal. Ya…aku juga mengakuinya. Lebih2 lagi cemburu pada insan yang disayangi. Namun kadang kala perasaan cemburu itu membuatkan diriku bertindak luar batasan sehingga aku akhirnya menjadi tertekan dan rimas dengan mainan perasaan sendiri. Puasku cuba supaya aku dapat mengawal perasaan itu tetapi.. masih dikawal, makin ,menebal.

Apabila aku mula menyayangi seseorang, aku merasakan bahawa dia adalah milik aku seorang (perasan). Tidak kiralah kawan baik atau teman istimewa. Jika ada yang cuba menjalin hubungan mesra dengan mereka, aku mula rasa cemburu. Jika mereka memberi layanan istimewa kepada orang lain melebihi apa yang aku peroleh, aku pasti rasa sedih. Tetapi! Aku bukanlah pendendam. Dek kerana rasa cemburu, aku tidak pula cuba membinasakan hubungan mereka. Apa yang aku gusarkan aku mula jadi x keruan. Prasangaka buruk dan tanggapan negetif bermain2 di fikiran. Lalu sikap aku jadi berubah. Aku menjauhkan diri dan merasakan aku tidak lagi istimewa di hati mereka…;(

Aku cuba untuk mengawal…Agar ianya tidak menghantui diri..namun aku seringkali gagal. Sering kali aku berfikir, apa yang membuatkn diriku selalui dihimpit perasaan ini. Mungkinkah aku tidak perlu rapat dengan sesiapa lagi…?

…..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...