My Dear Followers^_^

27 Jun 2011

BURUK SANGKA SALAH SATU PENYAKIT HATI

Suasana politik, syarikat atau masyarakat satu negara menjadi caca-merba salah satu puncanya adalah kerana sikap buruk sangka telah membudaya. Fenomena kebiadaban orang-orang jahil memfitnah dan memperlekehkan ulama dan melondehkan keaiban sesama saudara seagama sudah menjadi perkara biasa yang terdedah dalam akhbar, TV mahupun internet. Inilah masyarakat dunia muslim jika agama hanya diperakui sahaja tanpa diinternalisasikan dalam jiwa-jiwa para pemimpin dan masayarakatnya.

Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat tersebut meneraju dan memacu kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa mencari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah SWT.

Buruk sangka yang dimaksudkan di sini ialah buruk sangka yang tidak baik. Ia mengheret sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati, yang akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut kehendaknya.Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan, "Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim).

Buruk sangka dibahagikan kepada 2 jenis: Buruk sangka yang bertujuan baik, seperti untuk menyedar atau memperbaiki seseorang yang dikatakan melakukan kejahatan. Buruk sangka yang bertujuan jahat demi untuk menjatuhkan maruah dan kedudukan seseorang. Walau apapun tujuannya, buruk sangka tetap memberikan impak yang negatif, jarang ada manusia yang terselamat dari terkena bahana prasangka.Dengan sebab itulah Islam sangat melarang dari berprasangka.

Buruk sangka boleh terjadi dengan berbagai sebab antaranya:
1 - Godaan dan tipu helah syaitan atau iblis. Buruk sangka adalah jalan terbaik bagi syaitan merangsang manusia untuk bergaduh, mengumpat, melempar tohmahan, membuat pakatan jahat, berpecah belah dan sebagainya.
2 - Kelemahan jiwa. Jiwa yang lemah akan mendorong seseorang mudah terikut dengan pemikiran yang negatif dan buruk terhadap orang lain.
3 - Perasaan sombong dan bongkak. Perasaan ini menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Ia merasa dengki kalau ada orang lain mendahului dalam mengecapi sesuatu kejayaan atau membuat sesuatu kebaikan atau pun mendengar orang memuji musuhnya dihadapannya.
4 - Keburukan batinnya. Seseorang yang biasa membuat tipu helah dan penipuan akan merasakan orang lain juga sama sepertinya.

P/S: Prinsip sy...always being positif..walaupun sesuatu yg berlaku tu dh jelas2 negetif tp bila kita berfikran positif pasti ia akn berubah kearah positif naturely.Keyakinan itu sgt penting! Maksud sy..yakin pd Allah..,=]

_IEQA~

2 ulasan:

cik dila berkata...

haipp!
da lme xdtg sini..dah laenn..comel2..huhu..

btw..dgn berfikiran positif muke bole jdik muda sntiase..awet mude!..;)

cik chinbi ^^ berkata...

hehe! tq2...=]
yup2...always positif....nanty awet muda mcm sy,chantek mcm kakak...kih3...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...