My Dear Followers^_^

5 Ogos 2011

Di saat kelahiranku~~ Warkah buat diri..

Assalamualaikum,

ke hadapan diriku, Nur Atiqah binti Rosli, semoga sihat sejahtera imanmu hendaknya. Aku harap dirimu senantiasa sedar akan hakikat kejadian dirimu sebagai hamba dan penagih pahala.

Wahai diriku,

Tujuan aku menulis warkah ini tiada lain selain mahu mengucapkan dan meraikan kelahiran dirimu ke alam fana, tanggal 5 ogos, setelah 20 tahun berlalunya duha yang tenang itu.

Selamat ulang tahun ke-20, eiqa!

Kau harus bersyukur kerana pada hari ini terlalu istimewa. Ulang tahun saat kelahiranmu jatuh pada bulan ramadhan dan pd hari jumaat.Allah2..tidak kh kau merasa sgt istimewa?? Walau pelbagai dugaan yg telah kau lalui. Tuhan sygkan kamu.

Sempena hari lahir mu, khabarkan padaku apa yang ku mahu. Setelah 20 tahun hidup dan lebih kurang 20 tahun kau dikurniakan roh, apakah impianmu?

Aku tahu impianmu besar sekali. Kau mahu menjadi yang terbaik dalam segala hal, dan aku tahu kau berusaha melakukan yang terbaik boleh kau lakukan, walau pun acapkali kau terjatuh dan berdarah!

Nah, bertahun-tahun kau bertatih, berlarian dan jatuh tersungkur di atas dunia ini, adakah separuh daripada impianmu telah berjaya kau gapai?

Wahai Nur Atiqahku, jika jawapannya tidak,ingatlah bahawa kaulah petani/ penjual di dunia, pembelimu Rabb di atas sana. Abadikan ketaatan dan usahakan yang terbaik, walau pun Tuhan seringkali menolaknya. Eh, jangan pula kau salah sangka terhadap Tuhan, kerana Dia akan menjadi seperti apa yang kau sangkakan!

Sesungguhnya Dialah Yang Maha Arif apa-apa yang terbaik buat dirimu Atiqah!

Wahai diriku,

Soalanku yang ke-3 ialah adakah setelah bertahun-tahun kau lahir antara cinta bonda dan ayahandamu, telah kau fahami erti kasih cinta kepada Rabb, Muhammad S.A.W, addin yang kau anuti secara warisan, bonda, bonda, bonda dan ayahandamu, serta makhluk Tuhan yang melata dan bertebaran di atas muka bumi?

Sesungguhnya cinta kasih yang bersemi itulah, bakal diukur oleh Rabb, kerana cinta kasih itu benih yang membuahkan buah paling ranum dan manis; hablu min Allah & hablu minnas yang cantik.

Wahai Nur Atiqah yang aku cintai,

akulah makhluk paliiiing rapat dan mencintai dirimu setelah Tuhan, oleh itu akulah yang memahami dirimu. Ingin aku ingatkan dirimu bahawa barangkali yang perlu kau telusuri kembali ialah erti kesabaran dan hakikat keikhlasan-bahawa yang terjadi itu, semuanya daripada Rabb, asal daripada Rabb dan pulangnya pun kepada Rabb. Ingatlah bekalanmu masih kurang. Aku khuatir kau tergapai-gapai dan meraung tak dapat bertemu serta berhadapan dengan senyum Tuhan nanti.

Atiqah,

buat kesekian kalinya, sempena 20 tahun usia kematanganmu, selamat menuju alam kekal abadi.

Ikhlas,

dirimu.

Ya Tuhan, sempena tarikh kelahiranku, tataplah wajahku, kerana padangan-Mu menyiram sejuta keampunan.

Pada hari lahir ku ini, tiada apa dapat aku gambarkan lebih indah dari kalian Terima kasih buat semua rakan-rakan,yang tidak henti-henti mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’ kepada saya. Ingatan anda buatkan saya terharu… hanya ucapan terima kasih dan syukur pada Allah kerana menganugerahkan kalian pada insan serba kekurangan ini. Aku hanya mampu mengangkat tangan dan mendoakan kebaikan kepada kalian di kala kalian masih bernafas di bumi Allah dan mendapat syafaat dan kebaikan di akhirat nanti…

dan yang teramat indah adalah Islam yang menyinari hidup
serta membahagiakan diri! Thank you Allah..

IeQa~

4 Ogos 2011

Salam Eid Mubarak...=]]

Salam Ramadhan buat semua rakan blogger dan silent reader yang setia .InsyaAllah , akan terus menulis namun fokus lebih kepada Ramadhan itu sendiri .Rugi rasanya kalau hanya sekadar lapar dan dahaga sebulan ini tanpa berusaha meningkatkan ketaqwaan .Dan harapnya , semua rakan blogger berbelanja secara berhemah dan elakkan pembaziran .Banyakkan memberi dan semoga rezeki kita diberkati Dia .

Welcome to Ramadan Kareem. The month of Ramadan is one of the pillars of our Deen in which Allah has granted us an opening to refocus our lives on our path to Him.

Jom sama – sama berusaha menjadi lebih baik untuk hari esok dan seterusnya .A better tomorrow , insyaAllah .

IEQA~

23 Julai 2011

Tabahlah wahai hati...

...Biarkan mata ini penat menangis..
..Biarkan diri ini diam membisu..
...Tidak perlu seorang pun tahu..
...jangan pernah tanya kemana aku..

.....Biar dugaan-dugaan ini....
....menikan-nikam jiwa ini....
......biar berparut sana sini.....
.......agar dapat ku dekati....
........Pemberi dugaan ini.....

...Sudah..
..biarkan aku bersama Tuhanku...
..Biarkan aku meluah hampa kepadaNya..
..Dia saja yang memahami segala tangisan aku..
..Segala tangisan jiwaku..

...Jangan pernah bertanya padaku...
...jangan pernah ganggu aku..
..aku benci kepalsuan...
..aku benci kepura-puraan..
..moga diriku murah dgn kemaafan...
..dan dilimpahi dengan rahmat Tuhan..
..untuk kembali mengumpul kekuatan..
di sepanjang perjalanan..
..menempuhi kehidupan..

Melalui saat ini....betapa kurasakan kehidupan ini sgt berat..Kdg2 terasa kuat..kdg2 terasa begitu lemah..

Kutahan air yg bergenang di kelopak mata..Ada masanya ku lepas sehabis2nya..Mungkin ia perlu..lebih2 lg buat insan yg bergelar wanita seperti diri ini..

Semoga apa yg berlaku ini menjadikn diriku hambaNya yg lebih tabah dan sabar dlm kehidupan ini. Sesuatu kepahitan pasti akan datangnya kemanisan setelah itu.. Luka duka dan nestapa akan disusuli pula dengan tenang bahagia.. Tangis hiba pasti diakhiri dgn tawa ceria.. Insya'Allah, ku yakini.. Moga Allah mengukuhkan keyakinn itu d hati kita semua.. Amin...

_ieqa~

19 Julai 2011

KISAH 5 PERKARA ANEH..

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi, yang diperintahkan berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:

1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,

2. Engkau sembunyikan,

3. Engkau terimalah,

4. Jangan engkau putuskan harapan,

5. Larilah engkau daripadanya.

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu.

Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula daripada tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku daripada rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu.

Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan daripada dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.

Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini." Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:

1. Engkau makan itu ialah marah.

Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

2. Semua amal kebaikan (budi),

walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

3. Jika sudah menerima amanah seseorang,

maka janganlah kamu khianat kepadanya.

4. Jika orang meminta kepadamu,

maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang).

Maka larilah darpadai orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya.

Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

13 Julai 2011

DAH BERI TAHU?

DAH BERI TAHU?

Aku tak tahu...kau beri tahu

kau tak tahu...aku beri tahu

kita tak tahu...mereka beri tahu

mereka tak tahu...kita beritahu

Kita dan mereka tak tahu...Nabi bagi tahu

Nabi tak tahu...Allah bagi tahu

ambil tahu perkara yang patut kita tahu

bersama menerima dan bersabar

bersama menyampai dan menyebar

yang benar akan tetap benar

yang batil tetaplah batil

Tuhan maha adil..

credit to: my mum=]]

9 Julai 2011

BIJakKah AnDa??

~Orang bijak senang bergaul dengan orang bijak sahaja>> biasalah;
~Orang tidak bijak suka bergaul dengan orang yang tidak bijak>>lumrah;
~Orang yang bijak merendah diri bergaul dengan orang yang tidak bijak>> hebat;
~Orang yang kurang bijak tapi bijak bergaul dengan orang bijak-bijak...antara mereka, siapa yang lebih bijak?

Orang yang bijak, bijak melayani orang yang kurang bijak dengan cara yang paling bijak.

Bijakkah kita jika sering menganggap orang lain tidak bijak?

BIJAKSANA ; Kita yang rasa diri kita bijak atau orang lain terasa kebijaksanaan kita?

Kalaulah kita datang ke tempat peleseran, atau ke tempat ramai orang membuang-buang masa, dengan tujuan semata-mata hendak mencari kesalahan mereka, atau hendak menangkap mereka, atau menakut-nakutkan mereka, gejala masyarakat tidak akan selesai, bahkan mungkin bertambah menebal.

Tapi cuba pihak-pihak yang ingin menangani gejala sosial itu, pergi bergaul dengan mereka, berbual-bual dengan mereka, ajak mereka makan dan minum, kemudian tunjuk kasih sayang, tunjuk akhlak yang mulia. Secara tidak langsung kita dapat menyelami jiwa dan masalah mereka. Kemudian lakukan begini secara selalu dan istiqamah, didik mereka secara perlahan-lahan, dengan tidak secara rasmi. Cara ini insya-Allah sangat memberi kesan..=]

3 Julai 2011

CErMIn---

aik...aku ni kucing ke singa? konpius2~

bukan comel ke? camne ley jadi singa lak.argh.tidak!! tidak!!

Salam semua...=} tgk2 bintang kat langit, masuk dlm tgk2 cermin..ahah...tetiba nk berkongsi sedikit ilmu yg bermanfaat mungkin..Insyllh...

Dalam kehidupan seharian, kita dpt melihat nikmat yg Allah berikan melalui cermin. Kita tidak pernah bosan sekalipun. Padahal wajah yang kita tatap itu lah jgkkkk.x berubah pun..cuma kdg2 jerawat tumbuh tenggelam timbul,,opss...normal lah tu kn.. :D sy pun kekadang..opss...-,-' Pelik x? Bahkan, hampir setiap setiap kali, kita selalu menyempatkan diri utk bercermin. Kenapa ya? knp demikian? Sebab...kita ingin selalu berpenampilan baik dan kemas, bahkan sempurna. Kita tidak ingin di lihat selekeh dan mengecewakan. Apatah lagi kelihatan kusut masai dan tidak keruan. Ini semua tidak dpt dinafikan..Penampilan mencerminkan peribadi kita.

Orang beriman yg rapi, tertib, dan bersih peribadinya juga akan cenderung rapi. x begitu? Sebaliknya org yg penampilanya serabut, kelang kabut, karakter peribadinya biasanya tidak jauh beza..

Tentu saja penampilan rapi, tertib dan bersih itu insyallah akn memberi kesan yg positif. affect yg baik, selagi niatnya betul. Apa pula yg dimaksudkan dgn niat tersebut? Niat org lain x terganggu dgn penampilan kita, niat agar org lain tidak berperasangka buruk, dan mereka selesa dan senang berdamping dgn kita. Bukan niat utk berbangga diri ya!

Selain itu, yang paling penting ialah Allah suka dgn penampilan yg indah dan rapi sebagaimana sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan"..wah! jelas bukan?

Hindari niat utk menjerumuskan org lain. Mungkin awalnya mereka akan terpesona dgn penampilan anda, akan tetapi hujung-hujung nanti hati timbul fitnah atau perkara yg boleh mendtgkn kesan negetif. Terutama bg perempuan.ingat ya banat2 yg kusyangi=] ehem.kaum adam pun x terlepas jg..=]

N one more...bila dh kemas...penampilan baik..akhlak pun kenalah baik..baru complete..Biar seimbang...

So marilah kita jadikan saat kita bercermin saat kita menilai diri sendiri. berdialoglah dgn diri sendiri, "Wahai tubuh, apa yg ada di hatimu, apakah tubuhmu sebaik kata2 mu..bagaimana pula dgn akhlak kamu? Apakah hatimu segagah otot dan sendi mu atau seperti daun yg mudah gugur? Apakah hatimu seindah penampilanmu atau sebaliknya?.."

"Wahai tubuh, berapa byk aib dan nista yg telah kau sembunyikan dari tubuh yg sempurna ini??apakah kelak engkau akan bersinar ,penuh bercahaya, dan bersuka ria di syurga yg abadi? Atau adakah tubuh ini akan hancur mendidih di dlm lahar neraka, yang akan terus kau rasai dan tiada ruang lg utk memohon keampunan drpd Allah swt, memikul derita yg berpanjangan..mampukah engkau???" Nauzubillh..

Sungguh.... Betapa byk perbezaan antara yg nmpk atau tidak di cermin dgn apa yg tersembunyi di dlm hati setiap insan. Wahai sahabat2ku...Sesungguhnya saat bercermin adalah saat yg tepat agar dpt mengenal dan menghitung diri...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...