My Dear Followers^_^

27 September 2012

Oh hati yang tersakiti~

Bila hati disakiti..
Bila hati disakiti
Bila HATI DISAKITI..
rasa ingin membenci
kata maaf hanya di bibir meniti..
tapi dalam hati
hanya dalam pengetahuan Ilahi..

Setiap kali
terlihat orang yang dibenci
hati beristighfar berkali-kali
memohon ampun kepada Ilahi
kerana masih ada sekelumit benci
walau kemaafan telah diberi
namun peristiwa itu masih lagi terkesan di hati.. 

Oh Tuhan Yang Maha Pengasihani,
ampunkan segala dosa kami 
dan dosa orang-orang yang kami benci
dan dosa orang-orang yang membenci kami 
kerana dalam diri mengetahui
kebencian yang hadir tidak sepatutnya buat diri yang dibenci
kebencian hanya pada perbuatan yang dibenci 
tapi
masih lagi
kebencian itu turut ada pada diri orang yang dibenci

Oh Tuhan Yang Maha Memberi
berikan kami ketenangan hati
hilangkan rasa benci ini
memaafkan dengan sepenuh hati
kerana diri ini pernah juga menyakiti..

DIsakiti, menyakiti,
dibenci, membenci,
semua ini
memberi lebih erti
pada sebuah kemaafan yang hakiki
dan kemaafan yang hakiki itu terbukti
pada ketenangan hati..
Ya Allah Yang Maha Melembutkan Hati..
tenangkanlah hati ku ini.. T_T

cik chinbi~

26 September 2012

Jodoh Rahsia Allah..

Bilakah akan diikat dengan sesuatu yang pasti.Itu yang aku tak pasti.Biarlah kecintaan ini terarah padaMu ya Allah.

Jodoh itu rahsia Allah.Bila tiba masanya,ia akan hadir.Bersabarlah dan perbaiki dirimu dalam menunggu puteramu.

Sabar itu memang indah tapi payah.Aku ingin bangun dan merasakan bagai satu tanggungjawab untuk membahagiakan pemberi pinjaman rusukku.

Sesuatu yang sukar dicapai itu lebih bermakna.Itulah umpamanya kau bersabar dalam menunggu puteramu.Kita hanya mampu merancang tapi Allah Maha Perancang.Perancangan Allah itu hebat dan unik.Mungkin Allah sedang menyediakan ruang untuk kau kembali padaNYA.Berilah hatimu kepada Allah,Allah akan memberikan hati seseorang kepadamu.Kau akan lebih bahagia kerana memiliki cinta Allah dan cinta manusia.

Ya,aku merancang tapi rancangan aku hanya rancangan.Aku sentiasa menanti ruang itu.

Wahai teman,aku juga sepertimu kerana aku manusia biasa.Ingin mencintai dan dicintai.Mengharap cinta hingga ke syurga.Sungguh aku mendustaimu jika kukatakan aku tidak kesunyian.Tetapi bersendirian ini membuatkan aku bermuhasabah diri.Aku leka dengan cinta manusia sedangkan sepatutnya aku lebih dekat dengan pemberi cinta itu.

Aku juga inginkan cinta tapi biarlah apabila cinta itu datang,ia membuatkan cintaku padaNYA semakin bertambah.Ruang bersendirian ini aku gunakan untuk memperbaiki diri menjadi seseorang yang lebih baik.Aku anggap bersendirian ini sebagai ujian untuk aku menilai diriku yang dahulu dan mempersiapkan diri aku supaya lebih baik untuk pasangan tulang rusukku.

Aku memilih untuk percaya bahawa setiap kejadian itu berhikmah.Tiada apa yang mampu kuperkatakan kerana aku juga belum bertemu dengan pasangan tulang rusukku.Apa yang boleh kuperkatakan,bersabarlah dan jangan risau jika kau masih belum berpunya.Jodoh itu rahsia Allah dan telah ditetapkan sejak azali.Usah kau risau tentangnya kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buatmu.Ia akan tiba bila masanya.Oleh itu,marilah kita berdoa supaya dipertemukan dengan jodoh yang baik dan mampu membawa kita ke jalan yang diredhai Allah .Amin thumma aminn..

cik chinbi~

3 September 2012

Planetarium~

Alhamdulillah...
bersiar2 membuatkn diri ini lebih tenang..
walaupun x beli apa2..
cukup dgn melihat kebesaran Allah..
Membuat jiwa yg lalai ini lebih dekat padaNya..
Agung melihat kebesaranNya..
Thanks umi bwk sy jalan2 ke sini!!
:))

3d

p/s: Mcm betul2 kt angkasa lepas masa tgk 3d kat plenaterium.. ta'jubb..So blessed be Allah, the Best of creators!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...