My Dear Followers^_^

28 Mac 2013

Sape pernah beli barang secara online??

Okay...Firstly nk tanya..korang pernah beli barang on9 x?? penah x?? mesty ada yg penah kn.Yg x pernah pun mesty ada...Ok utk pengetahuan sy x pernah pun beli barang on9 nih..Sebab nya

http://www.emocutez.com
Yg pertama: X percaya! (ntah2 tipu je.xde pun benda tu)
Kedua: Ragu2! (takut duit dh bg barang x sampai2. Ada unsur syubhah)
Ketiga: Yang seangkatan dgn nya..hehehe..

Tapi.sejak duk uma sewa ni.kejap2 ada lori pos sampai..kejap2 van..rupanya depa ni suke beli brg secara on9! Kasutla..kerongsangla..baju la...hHaaa...di situ menambahkan sedikit keyakinan sy utk beli brg secara on9..mcm nk tryla plak...Tapi piki2 balik x payahla...mcm xde benda yg nk di beli je..kiki

Sedang2 duk asyik on9 cari maklumat sy singgah fb jap.(ewah! yeke singgah je).huhu.Then tgk news,nampak supplement..tibe2 interested! Yelah..bdn kita ni kdg2 perlukan  supplement jgk. Dhla mkn ntah apa2 ntah..>.< So, try beli on9..SEnt nk order...bila transaksi last..dh bank in duit..tibe2 x balas..So  masa tu sy jadi CUAK..OK FINE. ni kne tipu ke apa...
http://www.emocutez.com
haisshh...risau.call x berangkat..Berkali2 sent balik maklumat diri n report yg menyatakn sy dh bank in.TAK jgk dpt feedback! dekat 100x sent sampai habes crdt =='..

Esoknya baru nak bls...lambatnye lah! hampeh...tp alhamdulillahla..lega sikit..then bila sy reply tanya something berkenaan dgn produk kesihatan tu, x jwb lg ==' OK FINE.
http://www.emocutez.com
 Mesty korang akn sangka "Kelang kabut tul mek ni" kn?? Biasa la baru FIRST time.ihihi

3 hari lepas transaksi berlangsung tibe2 ada van pos laju dtg dpn umah! O_o hati berdebar2 bagaikan ada org nk masuk meminang! HAHA..Skali tgk nama, nama i..hee..YEAY!! Barang dh sampai...so x kena tipula..Alhamdulillah..Bolehla mkn supplement sat g...

wink! 

P/s: Tersenyum gumbira~  http://www.emocutez.com

18 Mac 2013

Wanita Tua Masuk Islam Kerana Budak Kecil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, di sini ada satu kisah menarik di mana seorang makcik tua yang dikatakan hendak membunuh diri memeluk Islam hanya kerana dengan seorang budak kecil yang datang kerumahnya, nak tahu lebih lanjut mari kita hayati kisah ini, semoga dapat dijadikan teladan kepada kita semua.. insyaAllah

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. -Wallahua’lam

Ulasan Admin : Cerita di atas adalah kisah benar.Sungguh menusuk kalbu kisah anak kecil di atas.Walaupun masih kecil tapi disebabkan kebaikkannya,dia telah berjaya menyelamatkan seorang wanita yang hampir bunuh diri dan meyakinkan wanita tersebut supaya masuk Islam.Sesungguhnya Islam itu Indah jika kita betul-betul mendalaminya.

17 Mac 2013

Fesyen rambut terkini :D

Mbekkkkkkk!!

VIENNA, Austria – Para penternak alpaca mencukur bulu haiwan itu supaya ia kelihatan nipis di Goeming, Austria.
Bulu alpaca dinipiskan bagai menyesuaikan haiwan itu dengan cuaca panas sebelum ketibaan musim sejuk.
Alpaca ialah haiwan seperti llama yang kebanyakannya terdapat di Amerika Selatan. – Agensi
Kosmo
P/s: mereka ni dh xde keje rasanya...tp stylo la pulak haiwan2 ni kan..kikik..ada sape2 nk wat contoh x??.:P

HEADER-DONE!

Alhamdulillah.....
Lepas puas sesi godeh menggodeh (ntah bahasa pe tah) akhirnya dpt gak cek menyiapkn header ni...
http://www.emocutez.com
PEnat..huh..Xkisahla nk rupa apa pun..yg penting siap jgk..hihi...
Yeay!!

http://www.emocutez.com

16 Mac 2013

13 Perkara mengenai Rasulullah sebagai Pengajaran

01) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
02) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..
03) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.
04) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
05) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?
06) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
07) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, ‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’ ‘Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’ ‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas….
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’ Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.
Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

08) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
09) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
P/s: Allah2...Rasulullah contoh teladan terbaik bukn?? Jom contohi Rasulullah..AMalkn sunnahnya..InsyaAllah kita akn jadi manusia yg paling bahagia dan di redhai Allah di dunia dan akhirat...Allahumma solliala muhammad...^_^

cik chinbi~

5 Mac 2013

CJ 7

hai kawan2..
Nama sy cj7..dlu sy rapat dgn Tuan sy..
Tp skrg tuan sy mcm dh x hiraukan sy...
Dia lebih suka buat kerja sendiri...
Knp ye...:(
Xpela mungkin dia bz...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...