Wink2!..Peace be to you! Greetings of peace and love to you dear visitors.... Welcome to my humble gallery.... I hope you enjoy your time here and maybe learn at least one thing... Oh ya.....This is my personal and social pen-in, the posts will be both in English and Malay........... MOga beroleh manfaat ^^
My Dear Followers^_^
11 Mac 2011
Don't be sad again...
Coretan ini ditulis buat insan2 yang sedang dilanda masalah.Istimewa buat 'E' yang baru kehilangan,juga utk semua.juga diri ku...
Sebenarnya,Kesedihan boleh dijadikan ubat penawar kepada jiwa.Kalau kita fikir dengan baik dimanakah dan siapakah tempat untuk kita mengadu, kalau bukan kepada Tuhan Yang Esa.Ketahuilah Dalam masa kesedihan sembahyang dan berdoa adalah cara yg paling berkesan.Ia membawa hasil yg positif dengan segera..iaitu dengan merasakan satu kelegaan kerana telah mengadu pada yang Maha Mendengar,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kesedihan yg berpanjangan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih utk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.
Jika anda bersedih,mungkin ini dapat membantu:
Ibnu abbas buta,& untuk menghibur hati dia berkata:
jika Allah sudah mengambil cahaya dari kedua-dua mataku
tetapi di dalam nurani & hatiku masih ada cahaya
Hatiku cerdik & akalku tidaklah bengkok
dimulutku ada yang tajam seperti pedang terhunus.
ketika saudara Duraid,Abdullah meninggal dunia;Duraid berkata:
Aku sudah memukul kuda kerananya hingga sedemikian rupa
hingga nampak padaku warna hitam yang pekat
Pukulan seseorang yang membela saudaranya
namun dia tahu bahawa manusia tidak akan kekal
Aku rendahkan emosiku sebab aku tidak mengatakan padanya
engkau bohong dan aku tidak bakhil atas apa yang ada di genggamanku
imam syafie berkata:
Biarkanlah hari-hari melakukan apa yang dia mahu
dan relakan jiwamu jika qadha sudah ditetapkan
Jika qafha sudah turun di tanah suatu kaum
maka tidak ada yang sanggup mencegahnya,tidak juga bumi dan langit
Abul atahiyyah berkata:
Berapa kali sesuatu yang engkau benci datang mengunjungimu yang Allah turunkan namun engkau tidak menyukainya?
Berapa kali kita takut akan kematian,namun ternyata kematian tidak kunjung tiba?
Berapa kali kita menyangka bahawa apa yang datang kepada kita adalah satu ketentuan dan akhir dari segalanya,namun ternyata itu malah semangat baru,kekuatan dan keselamatan?
Berapa kali kita merasa bahawa jalan yang kita lalui menjepit kita,tali yang kita pegang putus,dan bentangan cakeralewa yang ada di depan mata kita tiba-tiba menjadi gelap,namun ternyata yang berlaku adalah kemenangan,bantuan,kebaikan dan khabar baik?
“Katakanlah:”Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu & dari pelbagai kesusahan”(surah Al-An`am:64)
Ini adalah pendapat saya pula,jawapan ada ditangan anda
Adakah apabila anda menangis & bersedih,anda mendapat apa yang anda mahukan?
Adakah anda tidak percaya pada Rukun Iman ke 6(percaya pada qada & qadar)
Adakah anda boleh dikatakan orang beriman selagi tidak diujiNya?
Adakah anda dapat membuat pilihan antara dunia & akhirat,yang mana anda mahu?
Adakah anda tidak melihat pengajaran dari kisah para Anbia` & sahabat? Adakah mereka tidak diuji?
Apabila anda diuji,katakanlah…cukuplah bagiku..
Memg benar..Apabila kesedihan itu datang, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya,maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa cuba melawannnya dengan doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.
Hidup ini bagai roda yg berputar, mustahil terus berada dalam satu keadaan. Jangan terus bersedih dgn dugaan yg menimpa,kuatlah kerana suatu hari nanty kita akan meluncur ke arah kebahagiaan.Allah sedang menguji kita Ketahuilah bahawa malam paling gelap adalah sebelum terbitnya fajar dan masa keputusasaan adalah saat terdekat untuk terbitnya fajar harapan. Sesungguhnya jika musibah-musibah itu telah mencapai puncak dan intinya, ber erti masa kelonggaran dan hilangnya musibah telah dekat. Setelah itu, akan lahirlah fajar baru yang diliputi kebahagiaan, kegembiraan, cahaya dan kesejahteraan.
Ingatlah..kita ada Allah yang selalu menyertai setiap langkah hamba2Nya.Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Innallah ma'ana.
Dengan bersandar sepenuhnya hanya kepada Allah maka setiap kesedihan akan sirna. Allah Maha Memperhatikan, senantiasa mengulurkan pertolongan, dan mengganti penderitaan dengan kebahagiaan.
Kita milik Allah & akan kembali padanya..ingatlah Allah,maka hati-hati akan menjadi tenang
Hidup mesti diteruskn!
p/s:Kuat ya..wink2.....^_*
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

2 ulasan:
- E n t o y C a i r o berkata...
-
tq su...=D
- 12 Mac 2011 pada 3:31 PG
- cik chinbi ^^ berkata...
-
Welcome "E" ^^ (kantoi)
- 12 Mac 2011 pada 10:02 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
tq su...=D
Welcome "E" ^^ (kantoi)
Catat Ulasan