Mari kita sama2 saksikan dan hayati...=)
Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.
Sayangilah Baginda Rasulullah…
Cintailah Baginda Rasulullah…
Kerana
Rasulullah tersangat sayangkan umatnya…
Sayang Rasulullah kepada kita hinggalah tibanya hari kiamat…
Semoga…
Kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW..
Sebenarnya, umat Islam sentiasa digesa mengingati dan mencontohi Rasulullah SAW pada setiap masa. Cara yang terbaik adalah dengan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Hal ini ada diterangkan dalam surah al-Ahzab, ayat 56 “Sesungguhnya Allah Swt dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi SAW. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
Selain berselawat, tentulah pesanan dan akhlak Rasulullah SAW menjadi ikutan penting penganut agama Islam.
Marilah kita cuba bermuhasabah secara tenang dan ikhlas:
§ Apakah kita telah benar-benar menyelahkan kecintaan dan penghormatan kita kepada Nabi kita melalui sambutan Maulidur Rasul?
§ Apakah kita berjaya menerangi hati dan kehidupan kita dengan risalah yang dibawa oleh baginda s.’a.w?
§ Pengajaran macam manakah yang kita dapat iktibarkan dari peristiwa agung ini?
§ Sudahkah contoh dan qudwah dari kehidupan baginda mewarnai kehidupan kita, baik secara peribadi, dalam keluarga, masyarakat, bangsa dan tanahair kita?
Justeru itu, kita harus bersikap yang selayaknya terhadap risalah dan perjuangan Rasulullah s.’a.w. Para Sahabat telah meninggalkan tanah tumpah darah mereka, menggadaikan nyawa mereka, menjandakan isteri-isteri mereka dan meyatimkan anak-anak mereka semata-mata agar risalah Islam yang suci ini dapat sampai kepada kita.
Rasulullah s.’a.w tiada bersama kita. Akan tetapi baginda telah meninggalkan warisan perjuangan yang terlalu penting untuk kita sekadar memperingatinya melalui sambutan Maulidur Rasul saban tahun semata-mata. Kita tidak menafikan akan kepentingan sambutan itu. Ia adalah sebahagian dari syi’ar Islam yang perlu kita semaikan dan hargai.
Rasulullah s.’a.w tiada bersama kita. Akan tetapi baginda telah meninggalkan warisan perjuangan yang terlalu penting untuk kita sekadar memperingatinya melalui sambutan Maulidur Rasul saban tahun semata-mata. Kita tidak menafikan akan kepentingan sambutan itu. Ia adalah sebahagian dari syi’ar Islam yang perlu kita semaikan dan hargai.
Akan tetapi, sambutan kita dan cara kita menghargai peristiwa kelahiran Nabi Muhammad s.’a.w serta dakwah yang dibawanya akan lebih bermakna seandainya kita sama-sama terjun untuk merasai, menghayati dan menyebarkan risalah agung iaitu Al Islam supaya kita kembali meraih gelaran Sebaik-baik Ummah Yang Dilahirkan Untuk Manusia.
Dan Rasulullah s.’a.w tentu akan tersenyum melihat ummat Islam berlumba-lumba menegakkn kalimah Allah dan melahirkan kecintaan dgn menyambung perjuangan dan mengamalkan sunnah baginda dengan bersungguh-sungguh=]
ieqa~
salam Maulidur Rasul :)
BalasPadamsalam kembali..=)
BalasPadam