ke hadapan diriku, Nur Atiqah binti Rosli, semoga sihat sejahtera imanmu hendaknya. Aku harap dirimu senantiasa sedar akan hakikat kejadian dirimu sebagai hamba dan penagih pahala.
Wahai diriku,
Tujuan aku menulis warkah ini tiada lain selain mahu mengucapkan dan meraikan kelahiran dirimu ke alam fana, tanggal 5 ogos, setelah 20 tahun berlalunya duha yang tenang itu.
Selamat ulang tahun ke-20, eiqa!
Kau harus bersyukur kerana pada hari ini terlalu istimewa. Ulang tahun saat kelahiranmu jatuh pada bulan ramadhan dan pd hari jumaat.Allah2..tidak kh kau merasa sgt istimewa?? Walau pelbagai dugaan yg telah kau lalui. Tuhan sygkan kamu.
Sempena hari lahir mu, khabarkan padaku apa yang ku mahu. Setelah 20 tahun hidup dan lebih kurang 20 tahun kau dikurniakan roh, apakah impianmu?
Aku tahu impianmu besar sekali. Kau mahu menjadi yang terbaik dalam segala hal, dan aku tahu kau berusaha melakukan yang terbaik boleh kau lakukan, walau pun acapkali kau terjatuh dan berdarah!
Nah, bertahun-tahun kau bertatih, berlarian dan jatuh tersungkur di atas dunia ini, adakah separuh daripada impianmu telah berjaya kau gapai?
Wahai Nur Atiqahku, jika jawapannya tidak,ingatlah bahawa kaulah petani/ penjual di dunia, pembelimu Rabb di atas sana. Abadikan ketaatan dan usahakan yang terbaik, walau pun Tuhan seringkali menolaknya. Eh, jangan pula kau salah sangka terhadap Tuhan, kerana Dia akan menjadi seperti apa yang kau sangkakan!
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Arif apa-apa yang terbaik buat dirimu Atiqah!
Wahai diriku,
Soalanku yang ke-3 ialah adakah setelah bertahun-tahun kau lahir antara cinta bonda dan ayahandamu, telah kau fahami erti kasih cinta kepada Rabb, Muhammad S.A.W, addin yang kau anuti secara warisan, bonda, bonda, bonda dan ayahandamu, serta makhluk Tuhan yang melata dan bertebaran di atas muka bumi?
Sesungguhnya cinta kasih yang bersemi itulah, bakal diukur oleh Rabb, kerana cinta kasih itu benih yang membuahkan buah paling ranum dan manis; hablu min Allah & hablu minnas yang cantik.
Wahai Nur Atiqah yang aku cintai,
akulah makhluk paliiiing rapat dan mencintai dirimu setelah Tuhan, oleh itu akulah yang memahami dirimu. Ingin aku ingatkan dirimu bahawa barangkali yang perlu kau telusuri kembali ialah erti kesabaran dan hakikat keikhlasan-bahawa yang terjadi itu, semuanya daripada Rabb, asal daripada Rabb dan pulangnya pun kepada Rabb. Ingatlah bekalanmu masih kurang. Aku khuatir kau tergapai-gapai dan meraung tak dapat bertemu serta berhadapan dengan senyum Tuhan nanti.
Atiqah,
buat kesekian kalinya, sempena 20 tahun usia kematanganmu, selamat menuju alam kekal abadi.
Ikhlas,
dirimu.
Ya Tuhan, sempena tarikh kelahiranku, tataplah wajahku, kerana padangan-Mu menyiram sejuta keampunan.
Pada hari lahir ku ini, tiada apa dapat aku gambarkan lebih indah dari kalian Terima kasih buat semua rakan-rakan,yang tidak henti-henti mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’ kepada saya. Ingatan anda buatkan saya terharu… hanya ucapan terima kasih dan syukur pada Allah kerana menganugerahkan kalian pada insan serba kekurangan ini. Aku hanya mampu mengangkat tangan dan mendoakan kebaikan kepada kalian di kala kalian masih bernafas di bumi Allah dan mendapat syafaat dan kebaikan di akhirat nanti…
dan yang teramat indah adalah Islam yang menyinari hidup
serta membahagiakan diri! Thank you Allah..
IeQa~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Drop ur comment here...;)