My Dear Followers^_^

8 April 2011

WARKAH TERBUKA KEPADA SEMUA PENGANUT AGAMA TERUTAMA UMAT KRISTIAN...

Kenapa sesetengah pemimpin eropah benci sangat kepada Islam? hingga wujudnya karikatur yang menghina Nabi Muhammad saw... Sedangkan bagi kami umat Islam tidak pernah sama sekali menghina Yesus Kristus as (nabi Isa) samaada melalui karikatur atau sebagainya.. kerana Yesus kristus as adalah sebagai nabi yang wajib kami imani.
kami beriman akan kelahirannya yang luar biasa, kami beriman akan dirinya sebagai kritus tanpa bapa, kami beriman kepada baginda kerana kelahirannya yang luar biasa, kami beriman akan mukjizat yang Allah kurniakankan kepada baginda utk menyembuhkan penyakit kusta, meyembuhkan orang buta dan dapat melihat dunia, menghidupkan orang yang mati. dan kami beriman dan amat yakin bahawa baginda adalah messiah (al-masih) yang akan turun diakhir zaman untuk membunuh dajjal laknattullah dan mengembalikan kebenaran ajaran tauhid. untuk umat kristian ini adalah akuan iman kami..

"Adalah Kami bukan seorang Muslim, sekiranya kami tidak percaya dan beriman kepada rasul ulul 'azmi Yesus Kristus as"

Yang membezakan kepercayaan dan aqidah kita ialah.. kami (umat Islam) beriman bahawa Yesus Kristus as hanyalah manusia nabi dan Rasul (utusan Allah) yang dilahirkan tanpa bapa sebagai menunjukkan mukjizat yang Allah berikan kepada baginda untuk menunjukkan kekuasaan Nya sebagai Tuhan yang Maha Hebat... seperti mana firman Allah yang bermaksud

(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: “Hai Maryam, seungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah), -Surah 'Ali Imran; ayat 45-

Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia. -Ali Imran 3:59-

Dan lagi firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku kitab suci (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi,dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". Itulah Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya. Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia. -Surah Maryam ayat 30-35-

ini berbeza dengan kepercayaan dan aqidah anda (umat kristian) yang mengatakan Yesus Kristus adalah anak Allah (son of God) seperti mana disebutkan dalam al-kitab dalam pegangan anda

"Supaya semua jadi satu, ia Bapa, seperti Bapa dalam saya, dan saya dalam Bapa dan supaya dia orang jadi satu dalam kita, biar dunia percaya Bapa sudah MENGUTUS aku.“ JOHANNES 17:21

Karena segala firman yg telah Engkau firmankan kepadaku, itulah Aku sampaikan kepada mereka itu, dan mereka itu sudah menerima dia, dan mengetahui dengan sesungguhnya bahwa aku datang dari adaMu, dan lagi mereka percaya bahwa Engkau yg MENYURUH aku“. YAHYA 17:8

Sebagai penutup, kami umat Islam sangat berduka cita diatas penghinaan terhadap junjungan besar kami Nabi Muhammad saw melalui karikatur yang disiarkan didalam facebook dan kami berharap kepada umat Kristian yang baik baik supaya duduk semeja dengan kami dalam membincangkan dan berdialog masalah masalah yang tidak difahami berkenaan tentang Islam... InsyaAllah... kami senantiasa membantu anda....

firman Allah

Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dengan kamu, bahawa kita tidak mengabdikan diri melainkan kepada Allah, dan kita tidak menyengutukan-Nya (menyengutukan Allah) dengan sesuatu; dan (juga) sebahagian daripada kita tidak menjadikan sebahagian yang lain sebagai ‘arbab’ (tuhan-tuhan) selain Allah.” Jika mereka berpaling katakanlah: “Saksikanlah bahawa kami adalah Muslimin (orang yang menyerah diri kepada Allah).”

-Surah 'Ali Imran; Ayat 64-

Akhir kalam saya sudahi dengan 1 ayat alquran yang bermaksud;

'Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar darripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui' -Al Baqarah; ayat 256-

>

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...