14 Februari 2011

DOA~

Sahabat2 pembaca..ku kongsikan sisipan ini buat tatapan bersama. Mudah-mudahan ada hikmah yang terpancar utk renungan kita insyaAllah..

Kita mula berfikir, mungkin Allah punya terlalu ramai hamba utk diuruskan dan mungkin terlepas pandang akan permintaan kita yang tak kunjung makbulnya..

Ingatlah..Allah sentiasa melakukan sesuatu yang betul...Siapalah kita utk menilai...

Cara Allah sentiasanya cara yang terbaik meskipun kita lihat semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta,PERCAYALAH...
Pasti Allah sentiasa mengurniakan apa yg diminta pada masa yang sesuai..
Apa yang kita minta x semestinya apa yang kita perlu..
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hamba2 Nya...
Teruslah berdoa tanpa ragu dan mengeluh..
Duri hari ini mungkin berbunga untuk hari esok..
Allah mengurniakan pilihan terbaik kpd mereka yang menyerahkan ketentuan kepadaNya..
Berdoalah wahai sahabat seagamaku..
Ingatlah, Allah syg kita kerana kita pejuang agamanya..



Doa memberi kekuatan pada orang yang lemah..
Membuat orang yang tidak percaya menjadi percaya...
Memberikan keberanian kepada orang yang ketakutan..

Setiap dari sesuatu yang datang yang dijadikan olehNya pasti datang dengan sebab dan sifat. Begitu juga dengan sebuah yang belum tentu manis pahit yang menanti untuk kita lalui sebagai hambaNya. Kenapa harus dimulakan dengan DOA? Kenapa pula mesti disudahkan juga dngan DOA? Satu persoalan yang kadang2 sengaja kia lupakan. Doa itu bekal,doa itu senjata! Mana mungkin kita hamba yang lemah boleh mengatur langkah gagah tanpa bantuan dariNya, sedang para nabi dn rasul yang maksum saban malam bersengkang mata menadah tangan berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmatNya. Apatah lagi insan lemah yang hina ini. Jangan sombong dgn Khalik..=]

Setiap insan punya cara tersendiri untuk meluahkan rahsia hati, tidak kira para sahabat, teman mahupun keluarga. Tidak semua rahsia hati ini mampu diluahkan dengan kata2...Renung2kanlah kerana kita hanya insan yang kerdil yg sentiasa mengharap keredhaan dariNya..Yang Maha Satu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Drop ur comment here...;)