19 Januari 2011

Iskandar bukan Zulqarnain..hmm..

Pelik! pelik! pelik! sekejap sy dengar Iskandar Zulqarnain bukan Alexander The Great pastu dengar pulak Iskandar bukan Zulqarnain..yang mana sebenarnya ni??..
sy pun bacalah satu buku yang pada perkiraan sy, satu ilmu yang menarik..sy memang sesangat nak tau tentang tajuk sudah hangat diperkatakan ni, maka tersebutlah kisah (over plak..) sy bacalah buku ni sampai tamat..



sekali lagi, buku ni bukan kepunyaan sy, kawan sy punya..kalau sy tak ada buku yang sy nak, sy memang biasanya pinjam kawan sy yang ada...pemilik buku yang sy baca ni, AINA NUR ANIS.. sedapkan nama dye..haha..
bila sy tutup je muka surat yg terakhir buku ni, barulah sy jelas conclusionnye yang sebenar..dan iskandar tu bukan zulqarnain..
Buku ini dimulakan dengan kupasan mengenai empat raja agung dunia purba mengikut turutan sejarah hidup mereka iaitu RAJA NAMRUD, NABI SULAIMAN, RAJA BUKHTANASAR dan ZULQARNAIN. Ketiga-tiga raja pertama dipanggil dan diketahui dengan nama mereka sendiri sedangkan Zulqarnain pula adalah satu gelaran yang disandarkan kepada beberapa tokoh hebat termasuklah Raja Iskandar (Alexander).
penulisnya juga, mempunyai latar belakang yang bewarni..(bewarna-warni la tuu.) kagum..sangat kagum.. sapa penulisnya?? ahaa!.., nama beliau,
Afareez Abdul Razak Al-Hafiz..Pengarang bersekolah rendah di US, menamatkan pengajian dalam bidang Quran sehingga menjadi al-Hafiz dan kini menjadi pelajar PhD di UIAM. Pengarang turut sama terlibat (sebagai interviewee) dalam produksi dokumentari yang disiarkan iaitu Alexander Bukan Zulkarnain.
Menurut ahli kaji al-Quran pula, Zulkarnain bersama-sama bala tenteranya menuju ke utara Negara Armenia melalui Persian dan Azerbaijan. Disana, beliau menjumpai satu bangsa yang hidup dalam ketakutan dan tinggal di antara dua buah gunung, iaitu gunung Armenia dan gunung Azerbaijan. Mereka menggunakan bahasa yang amat sukar untuk difahami. Menurut mereka, bangsa Yakjuj dan Makjujseringkali datang dan membuat kerosakan termasuk membunuh sesiapa sahaja yang dijumpainya. Kemudian mereka meminta Zulkarnain membantu dengan membina sebuah tembok yang mampu menahan dari diceroboh oleh bangsa yang kejam itu.

Zulkarnain bersama bala tenteranya dan bantuan penduduk, akhirnya berjaya menyiapkan tembok yang dibina hasil campuran batu-batan, serta diperkuatkan dengan besi yang dicampurkan tembaga setelah dicairkan dalam suhu yang amat panas. Tingginya tembok tersebut hampir menyamai puncak kedua-dua gunung tersebut.

dimanakah lokasinya?




WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..

gitu pulak..doa kita mudah-mudahan semua muslimin terlindung dari kejahatan makhluk tuu...namun buat para pembaca yg dihormati, kita sama2 tahu, sejauh mana kebenarannya HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI..terlalu banyak sumber yang memperbahas tentang tajuk yang rumit ini..bagi tajuk ini, sebenarnya masih belum habis diperbahas, dan mungkin tiada penghujungnya dalam bentuk yang betul-betul pasti..
wallahu'alam..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Drop ur comment here...;)