My Dear Followers^_^

5 Februari 2012

Uhibbuka ya Rasulullah

Mari kita sama2 saksikan dan hayati...=)

Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.

Sayangilah Baginda Rasulullah…

Cintailah Baginda Rasulullah…

Kerana
Rasulullah tersangat sayangkan umatnya…
Sayang Rasulullah kepada kita hinggalah tibanya hari kiamat…
Semoga…
Kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW..

Sebenarnya, umat Islam sentiasa digesa mengingati dan mencontohi Rasulullah SAW pada setiap masa. Cara yang terbaik adalah dengan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Hal ini ada diterangkan dalam surah al-Ahzab, ayat 56 “Sesungguhnya Allah Swt dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi SAW. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
Selain berselawat, tentulah pesanan dan akhlak Rasulullah SAW menjadi ikutan penting penganut agama Islam. 

Marilah kita cuba bermuhasabah secara tenang dan ikhlas:
§ Apakah kita telah benar-benar menyelahkan kecintaan dan penghormatan kita kepada Nabi kita melalui sambutan Maulidur Rasul?
§ Apakah kita berjaya menerangi hati dan kehidupan kita dengan risalah yang dibawa oleh baginda s.’a.w?
§ Pengajaran macam manakah yang kita dapat iktibarkan dari peristiwa agung ini?
§ Sudahkah contoh dan qudwah dari kehidupan baginda mewarnai kehidupan kita, baik secara peribadi, dalam keluarga, masyarakat, bangsa dan tanahair kita?

Justeru itu, kita harus bersikap yang selayaknya terhadap risalah dan perjuangan Rasulullah s.’a.w. Para Sahabat telah meninggalkan tanah tumpah darah mereka, menggadaikan nyawa mereka, menjandakan isteri-isteri mereka dan meyatimkan anak-anak mereka semata-mata agar risalah Islam yang suci ini dapat sampai kepada kita.
Rasulullah s.’a.w tiada bersama kita. Akan tetapi baginda telah meninggalkan warisan perjuangan yang terlalu penting untuk kita sekadar memperingatinya melalui sambutan Maulidur Rasul saban tahun semata-mata. Kita tidak menafikan akan kepentingan sambutan itu. Ia adalah sebahagian dari syi’ar Islam yang perlu kita semaikan dan hargai.
Akan tetapi, sambutan kita dan cara kita menghargai peristiwa kelahiran Nabi Muhammad s.’a.w serta dakwah yang dibawanya akan lebih bermakna seandainya kita sama-sama terjun untuk merasai, menghayati dan menyebarkan risalah agung iaitu Al Islam supaya kita kembali meraih gelaran Sebaik-baik Ummah Yang Dilahirkan Untuk Manusia.

http://www.emocutez.com
Dan Rasulullah s.’a.w tentu akan tersenyum melihat ummat Islam berlumba-lumba menegakkn kalimah Allah dan melahirkan kecintaan dgn menyambung perjuangan dan mengamalkan sunnah baginda dengan bersungguh-sungguh=]
ieqa~

1 Februari 2012

MAsa...Masa...Masa!

Masa..masa..masa! 
Kita selalu diingatkn agar bijak membahagikan masa.Menggunakan masa dgn baik.Jgn membuang masa.dan seangkatan dgnnya..Tp kita sering lupa dan alpa.Sebahagian besar drpd masa yg kita jalani kita penuhi dgn perkara yg sia2.

Ingatlah..Satu detik nafas kita dalam menjalani waktu demi waktu, merupakan langkah menuju kubur. (juga peringatan utk diri sendiri) .Alangkah ruginya kita di saat menjalani sesuatu yang berharga kemudian kita sia-siakan. Orang yg b***h atau tidak bijak adlah jika diberikn modal maka modalnya dibiarkan hambur dengan sia2. Begitu juga kita jika sudah diberikan modal waktu, kemudian waktunya kita biarkan saja atau kita penuhi penuhi dengan perkara yg sia2 maka kita juga termasuk dlm kalangan org seperti mana yg telah disebutkn di atas.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yg beriman dan menjalankan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran"
[Al-Ashr, Surah 103: Ayat 3]

Rasulullah SAW pernah bersabda " sebaik2 manusia adalah org yg diberi panjang umur dan baik amalanya dan sejelek2 manusia adlah org yg diberi panjang umur dan jelek amalannya" [Hadith riwayat Ahmad]

Orang yg pasti beruntung adalah org yg mencari kebenaran, org yg mengamalkan kebenaran, org yg mendakwahkan kebenaran dan org yg sabar dlm menegakkan kebenaran & mengatur waktu dengan baik agar tidak sia2 adlah dgn mengetahui dan memetakkan mana yang wajib, mana yg sunnat dan mana yg mubah.

Ketenangan tidak harus dgn cara berdiam sahaja. Tapi ketengan boleh kita dapatkan dengan mendekatkn diri kita kepada Allah iaitu dgn solat dan zikir. Sekecil apapun perbuatan Rasulullah, bebas dari kesia-siaan, efektif dan penuh makna!

Moga kita dpt meningkatkn kualiti pemahaman kita terhadap kebenaran sehingga iman kita bertambah, meningkatkn kualiti amal2 kita sehingga menjadi produktif, meningkatkan kualiti akhlak kita sehingga menjadi teladan, dn meningkatkan kualiti kesabaran kita dlm menetapi kebenaran~

p/s: prof sy kata masa bukan emas..Tapi masa adlah nyawa..>.< hmm..btl jgk ye!

ieqa~

25 Januari 2012

Bulan pernah terbelah dua..BENARKAH???

Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa seketika dulu bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop menunjukkan terdapat garisan rekahan pada bulan. NASA telah menghantar 3 angkasawanya untuk kajian yang lebih terperinci tentang bulan . Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.
Allah berfirman:
“Sungguh telah dekat Hari qiamat, Dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)”
Memang ada hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di zaman Nabi saw. masih di Mekah.Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin ’mencabar’ Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta membelah bulan.

Ini adalah beberapa di antaranya:

Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud ra., Ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullahsaw., Lalu Rasulullah saw. bersabda: Saksikanlah oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010)

Hadis daripada Anas ra.: Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw. untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah saw. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)

Hadis daripada Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman Rasulullah saw ..(Shahih Muslim No.5015)

Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawarah. Orang-orang musyrikberkata, ”Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek)?
Rasulullah bertanya, ”Apa yang kamu inginkan?” Mereka menjawab, ”Cuba belah bulan …” Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammadsaw agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan danterbelahlah bulan itu dengan sendirinya. Serta-merta orang-orang musyrik pun berkata, ”Muhammad,engkau benar-benar telah menyihir kami!”
Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar boleh saja ”menyihir” orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan.

Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulangdari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama dari perjalanan menuju Mekkah, orang-orangmusyrik pun bertanya, ”Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?” Mereka menjawab,”Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauhmasing-masing-nya kemudian bersatu kembali … ”

Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu,Allah menurunkan ayat-Nya: ”Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata,” Ini adalah sihiryang terus-menerus ”, dan mereka mendustakannya , bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap … (sampai akhir surah Al-Qamar). Sila baca al-quran untuk selengkapnya.

What could cause a long indentation on the Moon? First discovered over 200 years ago with a small telescope, rilles (rhymes with pills) appear all over the Moon. Three types of rilles are now recognized: sinuous rilles, which have many meandering curves, arcuate rilles which form sweeping arcs, and straight rilles, like Ariadaeus Rille pictured above. Long rilles such as Ariadaeus Rille extend for hundreds of kilometers. Sinuous rilles are now thought to be remnants of ancient lava flows, but the origins of arcuate and linear rilles are still a topic of research. The above linear rille was photographed by the Apollo 10 crew in 1969 during their historic approach to only 14-kilometers above the lunar surface. Two months later, Apollo 11, incorporating much knowledge gained from Apollo 10, landed on the Moon.

sumber lain

p/s: maha suci Allah =]
ieqa~

21 Januari 2012

azam...*_*

Azam tahun baru nk jadi seorg yg pendiam....Ckp yg penting2 je...
Acecey ley caya ke...sebab ni la azam sy yg sering gagal tiap2 tahun..=,='
Tp rasanya better jd pendiam..Xde org terasa aty...Kdg2 x bermaksud pn..Tp kita mana tau haty org kn..
Rasa teruk dan sedih bila ad yg terasa hati dgn diri ini...=((
Sy x mampu jadi sahabat yg baik..
Maaf kwn2...
Apepun sy akn terus berusaha utk menjadi yg terbaik buat sahabat2 sy selamanya...
Sy gembira jika dpt gembirakn org disekeliling sy...
Uhibbukum fillah..

*keep silent =] *berfikir *muhasabah
ieqa~

16 Januari 2012

Jgn lupakan Sunnah~

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya 
mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
“Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu……..,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ……..Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa……ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

~islam itu indah~

~ieqa~

10 Disember 2011

BABI BIRI-BIRI??? UMAT ISLAM SILA BERHATI-HATI

   Jakim perlu memainkan peranan. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat islam di Malaysia. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk utk kegunaan muslim.

Ini ialah Babi Mangalista.. Negara asalnya ialah Austria dan Hungary..

Diternak utk daging dan bulunya. Jadi umat islam perlu berhati2 kerana bulu haiwan ini tiada bezanya dengan bulu biri2.

P/s: Jangan harapkan pihak berkuasa sahaja. Marilah kita sama2 menjaga kesucian islam. Sila share =]]

ieqa~

8 Disember 2011

Bicara akal dan hati

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta.

Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?   
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?       
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...