Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..?Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup..
:)
satu senyuman untuk saya, please..
:)
orait
untuk saya dan sesiapa yang sedang mengalami masalah,
apa pun masalah,
terus lah yakin, bahawa sesungguhnya,
setiap apa yang berlaku,
sudah dirancang, ia hadir bersama hikmah,
dan beruntunglah bagi mereka yang melihat setiap perkara dengan berhikmah,
i still wonder,
why should be me?
hehe, ayat yang macam dapat ujian maha dasyat..
hehe..
tapi sebenarnya, dasyat ke tak ujian itu sebenarnya,
ia bergantung dengan individu tersebut,
pernah ada satu kisah,
seorang sahabat Rasulullah bertanya kepada Baginda s.a.w,
mereka bertanya, siapa kah orang yang paling kuat ujiannya?
Rasulullah menjawab, Para Nabi lah yang paling banyat dan berat ujiannya,
seterusnya ialah orang-orang yang mengikut Para Nabi,
orang-orang soleh-solehin,
maksudnya, ujian itu sesuai dengan tingkatan iman dalam diri individu itu,
Dengan itu,
jelas lah ujian yang tidak seberapa ini, terasa berat untuk diri yang tidak hebat imannya,
Ya Allah, terasa hina diri in..
:(
but, don't be sad,
ujian ini juga, mungkin tanda Allah nak tingkatkan lagi tahap keimanan hambaNya.
Ok.. please smile again..
:)
I give you, 3 smile..
:) :) :)
hehe
Rasa terhimpit, tersepit dan tertekan,
itu lumrah kehidupan,
semua orang sedang diuji,
and how to face it, it's depends on you..
Hidup biar sempoi..
Ye ke??
ok.. cuma macam mana nak berhadapan dengan ujian itu,
ia berbeza setiap orang,
dan sebaik-baiknya,
bergantunglah kepada Allah,
jangan bergantung dengan syaitan,
nanti syaitan biarkan kita hanyut dan menyalahkan taqdir,
lalu memilih jalan yang dimurkai Allah,
Na'uzubillah..
Ok...
Sehebat manapun kita,
ingat lah yang Allah lebih Hebat, Maha Hebat,
sekuat manapun kita,
ingat lah yang Allah lebih kuat,
ingat lah yang kita dilahirkan bersama kelebihan dan kelemahan,
kelebihan itu mengajar kita bersyukur,
dan kelemahan itu, menyuruh kita mengingat yang maha Pencipta,
kerana kita hambaNya,
dan kepadaNya lah sebaik-baik tempat kembali,
bergantung dan berharaplah kepadaNya selalu..
Dengan berserah diri sepenuhnya, Tuhan akan selalu menunjukkan kebaikan dan jalan menuju kebahagiaan. Bersabarlah sayang..
:) :) :) :) :)