My Dear Followers^_^

29 Oktober 2013

ICEPS 9

Assalamualaikum..
Hai hai beloog ku yg comel tak seberapa nak comey sangat...ngee..

Lama rasanya tak meng hupdate...bz la katakan...
apa2 pun alhamdulillah..Bersyukur sangat2...project final year telah berjalan dgn lancar..Thanks Allah the almighty di atas sebaik2 kesudahan ini..

Macam2 kesulitan yg kami kahadapi utk merealisasikan konvensyen ni..Kena maki ada. T_T.kena marah ada.T_T .kena bising ada.T_T ..dan seangkatannya..Tapi kami nekad utk terus berjuang demi merialisasikan amnah dan tanggungjawab yg di galas...
Meeting demi meeting saban hari..Membuat kn diri begitu penat..dan seakan sudah lali dgn masalah yg x berkesudahan..dan yang paling 'sadis' ..tempat iceps telah ditukar pada saat2 akhir..Allah2..kami turun solat hajat..agar semuanya berjalan lancar...Hanya ALlah tempat mengadu..setelah segala keringat di usahakan..Faiza azamta fatawakkal Alallah...Sy bersikap cool..dan saya yakin..InsyaAllah ada hikmahnya..Yaa...Pasti ada hikmahnya..

bermula di sini..saat kami merangka segala2 nya..

 Alhamdulillah..will be.Tema pada kali ini ialah‘Keusahawanan Islam Peneraju Ekonomi Global’

*di antara tentetif yg menjadi perhatian*

        ( Malam cinta Rasul )

sambutan yang amat mengalakkan..hampir 15k pengunjung! Alhamdulillah.

(Akustik Gaza n syria)

by najwa latif

ukays.

sir anwar.dr khairil n dr asmady

( giant bubble) *sebenarnya byk lagi aktiviti. tapi tak larat nk upload.huk3

(sesi photography)

(mini zoo)

(bicara siswi)

(majlis perasmian penutup)

Majlis Perasmian penutup Konvensyen Keusahawanan Islam Kesembilan 2013 (iCEPS9) telah dilancarkan dengan penampilan saudara hafiz, menunggang kuda sambil membawa keratan logo iCEPS9 kepada YBhg. Prof Tan Sri Dato’ Dr Abdul Shukor Hj Husin, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM seterusnya bagi merasmikan acara penutup iCEPS9 2013. Turut hadir sama adalah YBhg. Prof Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, dan Dr Asmaddy Haris Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM.

sebahgian drpd crew dlm unit saya..

media juga memberi perhatian kepada kami..Iceps telah keluar di corong2 radio..tv3.tv9.tv alhijrah.dan akhbar utusan.Thanks for supportive!

p/S: Hari ini genaplah sebulan berlalunya ICEPS 9...apa yg diharapkan bukanlah program semata-mata, tetapi impak positif daripada program2 yang dijalankan sepajang ICEPS samada terhadap mahsiswa/i mahupun umat islam itu sendiri.
Semoga USIM serta warganya terus berselawat...insyaAllah.. tahniah pada semua iceps crew yg osem! ^^

26 Ogos 2013

Peliks~

Perasaan apakah ini..
Tolonglah.....
Tolonglah somebody describe sikit apa sebenarnya perasaan yang sy rasa sekarang ini..

4 Ogos 2013

MEOW 1

BISMILLAH...
HAI...

Ni nk citer.,satu ari tu...sy dgn my bff pg ke salah satu kolej kediaman universiti.. ia terletak agak jauh daripada umah sewa kami...saje nak tukar angin...tibe2!! nampak seorg makcik berbaju cleaner tgh menyumbat kucing ke dlm kotak dgn ganasnya..huhu..kucing tu mengiaw2 ngn kuat sbb sakit mungkin..

okay..terus feeling shock n sedihkan...so kami mendekati makcik tu yg sedang di bantu oleh rakannya...
Beliau tekan n sumbat2 henyak2 kucing tu ganas sgt..huhu..kesiaannya...x sanggup tgk...
Dah xbley tahan sedih so sy bersuara dgn berani nya...(xtaulah knp berani sgt).=.='

"Mkcik.Jgn lah seksa kucing tu..nk buat2 cara baik2..masukkan baik2..binatang tu..makhluk Allah jgk"
Dalam pd masa yg sama kawan pun ckp jgk,,
TAPI...makcik tu wat DONO je...-,-' ok FINE=.='

Kiteorg sabar lagi....pastu makin rakus plak dia buat..dia tutup kotak n ikat tali kuat2..
sy bersuara lagii "mkcik..kucing tu x bley bernafasla..x baiklah."
Pastu makcik tu amik gunting dia cocok2 kotak tu dgn ganas skali...
maka kedengaran suara drpd bdk yg x diundang ni lagi..
"astaghfirullah..jgn ganas2 mcmtu...dlm tu kn ada ank2 kucing 4 ekor lagi..kalau terkena mata gunting tu mcm mana..ya Allah.."
Dalam x sdar..kelopak mata sy ni dg bergenang dgn air mata..Ok sy x ley tgk binatang di zalimi mcm tu..dia pun makhluk Tuhan..Dh nama pun binatang..Kalau dia buat salah pun mana dia ada aqal..Kita xde hak nk seksa dia mcm tu...

Beberapa minit pastu..ada sorang mkcik yg jual lauk2 dari kedai sebelah tu dtg..Sy rasa dia mcm dh lama perhatikan kiteorg..Then dia dtg n ckp " Ya Allah...Hei..tak baik kau buat mcmtu..Kesian binatang tu tau x!"
SY rasa lega ada org backup.Ewah~ uhuhu.Then bdk tak diundang ni pun berkata " Biar kiteorg lah yg buang kucing tu..nak buang kn...biar kiteorg buang...bak sini..." 

Sebenarnya ckp cenggitu sbb takut dia buang tak bukak tali tu.nantu kucin tu xbley bernafas.takut anak2 dia mati... Mula2 mkcik tu xnk bg..tapi pastu mkcik yg backup kiteorg tu kata "Dh bg diorg, biar diorg yg buang.bg diorg." Pastu kiteorg pun angkat kotak tu pelan letak dlm keta...sy bukak cket penutup nye n cuit2 kpala meoww yg comel itu..."

Kiteorg merayau gakla cari port yg sesuai nk letak..ada org...ada mknan n selamat...

FINALLY....

Jumpa satu tempat...alhamdulillah...kiteorg letak kat tempat yg ada bumbung takut meow kena ujan..then sy pun bukak tali2 n biarkan..meow diam je..baik die upenyeee ^_^

cak! tu dia...baik kan...hu..xde pun melawan2...dia jerit sebab sakit je org td seksa dia :(

Tu anak dia menyorok..ingat org x nampak! hehe

wink! nampak plak yg lain.

ada lagi baby meoww...tomeynya :D

wah ..dh kuar dh pale..
ok.time ni sedih lagi...dia cm sedih je sy n bff nk tinggal..sorry la meow...x dan nak jaga...duk uma sewa lagipun..sory taw...jaga diri bek2...bai2 :'(

P/s: Actually sy xde la peminat fanatik kucing...benci pun x..Beside, sy ni ada alergic dgn kucing. huhu..cuma..as human being we should respect to others..even animal.sbb depa pun makhluk Tuhan yg harus di layan dgn baik.. Nabi n para sahabat pun syg kn binatang taw..Ape lg la sgt kita ni..dh la xbyk pahala..doasa je byk ntah2 (itu sy lah) So ada peluang buat baik buatlah baik okay.. Adios~! ~_^

27 Julai 2013

Terlupa niat puasa?? Puasa tapi x niat??

Assalamualaikum buat semua bloggers n readers yg kiut2 lg miut..ensem dan cantik2 belaka,,ske tak? hihi :D

Mcm mana dgn pose,..? ok setakat ni  la kn..sy tengok masih ramai yg teragak2 n xpasti, juga tertanya2..
bahawa..mcm mana kalau sy belum berniat? adakah sah puasa saya?? patut sy teruskn puasa atau tidak..
Ok3..relax2..ni jawapannya insyaAllah..Tapi ni bukan fatwa yg memandai2 di reka oleh saya taw..
Ini adalah pendapat para panel feqh yg budiman lagi kacak.

-Syarak mewajibkan niat dalam setiap ibadah termasuk puasa. Maka tidak sah puasa tanpa niat.

-Maksud niat puasa, tidak semestinya berlafaz dengan perkataan, apatah lagi dilakukan beramai-ramai selepas tarawih (spt yg anda sebut). Amalan seperti ini tidak bersumberkan sunnah dan tidak diamalkan oleh salaf. Cukup sekadar niat di hati bahawa esok nak puasa.

-Menurut jumhur ulama, diwajibkan berniat itu pada waktu malam (sebelum fajar). Kerana hadis “Sesiapa tidak berniat puasa pada malam hari, maka tiada puasa baginya”.
HR: Abu Daud (no: 2456), Tirmizi (no: 730), Nasai (no: 2332).

-Kalau langsung tidak terdetik dalam hati pada waktu malam untuk puasa pada esoknya, maka tidak sah puasa di sisi jumhur. contohnya: seorang yg tertidur atau pengsan sebelum maghrib dan sedar selepas subuh keesokannya, maka tidak sah puasanya pada hari itu.

-Maksud tidak sah puasa ialah: diwajibkan ganti selepas Ramadhan. Bukannya dia dibolehkan makan minum pada hari terbatal itu. Kerana dia tetap wajib menjaga kehormatan Ramadhan.

Rujukan:
-Al-Mudawwanah al-Kubra 1/276
-Majmuk Nawawi 6/288
-Al-Kafi Ibn Qudamah 1/439
-Al-Tahqiq Fi Ahadith al-Khilaf 2/66-67

18 Julai 2013

Ramadan kareem

Assalamualaikum...
Hye kwn2..hye BLOGers..dan x lupa juga kepada blog kuuu yg disayangi..lama x menjengah ke sini atas kesibukan study n mcm2...fuh~ rindunya!! >_<

Papepun sy nk ucapkn Salam ramadhan kepada kwn2..walaupun mcm terlambat skit..tp nk ucap jgk..huhu..

Amat bersyukur sgt2 dpt bertemu bulan ramadhan lg kali ini.Ramadhan dirai kemuliaan dirasai..
Ada sape2 yg dh berazam nk berubh? Jom kita mulakn langkah dan teruskn insyaAllah..

Ramadhan ialah masa yang sesuai untuk seseorang memulai lembaran baru dalam hidupnya. Perubahan sikap atau tingkahlaku yang berbeza terhadap dirinya, keluarganya, rakannya dan seterusnya masyarakat di sekelilingnya.

Kajian terkini pakar psikologi mendapati bahawa untuk perubahan diri, manusia memerlukan masa antara 6 hingga 21 hari secara berterusan tanpa putus-putus membiasakan suatu tingkahlaku atau sikap yang baru supaya perubahan itu menjadi sebahagian dari sikap atau tingkahlaku sehariannya.

Dengan mengambil sempena tempoh puasa Ramadhan selama 29 atau 30 hari, maka tempoh tersebut cukup untuk seseorang muslim membuat perubahan dirinya ke arah yang lebih baik kerana semasa berpuasa seseorang itu sentiasa mengamalkan amalan, tabiat atau tingkahlaku yang baik dan dalam masa yang sama dia juga meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.

Ramadhan bulan kebajikan …bulan ibadat…

Kita lihat seseorang muslim akan memperbanyakkan amalan kebajikan dan menjaga ibadatnya di bulan Ramadhan, dia datang ke masjid atau surau menunaikan solat berjemaah, solat tarawih, bertadarus Al-Quran, menghadiri majlis ilmu dan mengadakan jamuan moreh. Sementara di rumah pula dia melaksanakan sembahyang sunat di waktu malam atau qiamullail, membaca Al-Quran, menjamu orang berbuka puasa, bersedekah kuih muih atau wang ringgitnya kepada jiran atau fakir miskin di sekitar rumahnya.

Begitu juga di masa berpuasa seseorang itu akan cuba menahan nafsunya daripada marah, bercakap kotor, mengumpat dan melakukan maksiat yang membawa kepada dosa apatah lagi yang menyebabkan dia berdosa besar seperti meninggalkan solat, meminum arak, berjudi, meminum minuman keras dan perbuatan-perbuatan dosa besar yang lain.

Ramadhan berlalu ..kenapa kembali tabiat lama?…. 

Namun sayangnya kenapa ramai di kalangan kita tidak meneruskan amalan atau tabiat yang baik ini pada bulan-bulan yang lain sedangkan pada hakikatnya dengan tempoh berpuasa 29 atau 30 hari di bulan Ramadhan itu, kita sudah mempunyai tenaga atau kuasa yang cukup untuk meneruskan tabiat baik itu dan meninggalkan terus tabiat atau perangai lama yang tidak baik lagi merugikan kita di dunia apatah lagi di akhirat.

Ramadhan bulan rahmat, keampunan, dilipatgandakan pahala amalan, syaitan diikat agar tidak dapat menggoda manusia ke arah kejahatan. Maka dengan peluang keemasan dan anugerah besar dari Allah s.w.t ini, kita mesti memilih Ramadhan sebagai titik tolak perubahan diri dari segi iman, amal dan akhlak ke arah yang lebih baik. Kalau bukan Ramadhan yang sebegini rupa kemuliaan dan keberkatannya maka bila lagi masa yang sesuai untuk kita membuat perubahan diri. Jika kita gagal berubah ke arah yang lebih baik, kita patut mencela atau menyalahkan diri kita sendiri kerana Allah telah menjadikan untuk kita pada setiap tahun bulan Ramadhan yang sepatutnya kita kita rebut peluang keemasan yang ditawarkan itu.
Ramadhanlah masa sesuai untuk berubah…ayuh mulakan langkah dan teruska

_sumber IKRAM

----->: So.... jom la kita sama-sama tanam azam... Ubah apa yang patut kita ubah dalam diri kita... Kalau yang kurang bab agama... Sila tambah (WAJIB tambah).... Yang mana baca Al-fatihah tak berapa betul tu... Sila betulkan.... Yang mana takleh baca Quran... Sila bolehkan... Yang mana mulut asyik duk mencarut tu... Sila kurangkan... Yang mana dedah-dedah tu... sila tutupkan aset berharga tu... Yang mana asyik bermalas-malasan tu... sila rajinkan.... Kita nie manusia.... Manusia bukan haiwan..bukan tumbuhan... Kita ada akal fikiran... Akal fikiran berpandukan rujukan agama... Kita boleh berubah... berubah ke arah yang lebih baik bukan saja untuk diri sendiri...tapi juga untuk kawan-kawan... keluarga... jiran-jiran... sekitar kampung..malah mungkin berubahnya kita dapat mencetus perubahan kepada rakan-rakan yang lain..... mana la tahu....Kan?

Mulakan dari diri kita dulu.... Tanamkan azam supaya kita jadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.... be a better muslim... Be a better person... Sesungguhnya Islam tu dah sempurna... Cuma kita je yang banyak kurangnya.... Kurangnya kita kerana kurang fahamnya kita dengan agama Islam tu sendiri... Jangan salahkan agama kalau kita tak maju... Jangan salahkan sesiapa kalau kita gagal... Cermin diri... perbetulkan diri... Dan folo je panduan yang dah ada dalam Quran tu... Mulakannya di bulan Ramadhan yang mulia nie...Dan kekalkan perubahan itu... Be a better yourself! 

28 Mac 2013

Sape pernah beli barang secara online??

Okay...Firstly nk tanya..korang pernah beli barang on9 x?? penah x?? mesty ada yg penah kn.Yg x pernah pun mesty ada...Ok utk pengetahuan sy x pernah pun beli barang on9 nih..Sebab nya

http://www.emocutez.com
Yg pertama: X percaya! (ntah2 tipu je.xde pun benda tu)
Kedua: Ragu2! (takut duit dh bg barang x sampai2. Ada unsur syubhah)
Ketiga: Yang seangkatan dgn nya..hehehe..

Tapi.sejak duk uma sewa ni.kejap2 ada lori pos sampai..kejap2 van..rupanya depa ni suke beli brg secara on9! Kasutla..kerongsangla..baju la...hHaaa...di situ menambahkan sedikit keyakinan sy utk beli brg secara on9..mcm nk tryla plak...Tapi piki2 balik x payahla...mcm xde benda yg nk di beli je..kiki

Sedang2 duk asyik on9 cari maklumat sy singgah fb jap.(ewah! yeke singgah je).huhu.Then tgk news,nampak supplement..tibe2 interested! Yelah..bdn kita ni kdg2 perlukan  supplement jgk. Dhla mkn ntah apa2 ntah..>.< So, try beli on9..SEnt nk order...bila transaksi last..dh bank in duit..tibe2 x balas..So  masa tu sy jadi CUAK..OK FINE. ni kne tipu ke apa...
http://www.emocutez.com
haisshh...risau.call x berangkat..Berkali2 sent balik maklumat diri n report yg menyatakn sy dh bank in.TAK jgk dpt feedback! dekat 100x sent sampai habes crdt =='..

Esoknya baru nak bls...lambatnye lah! hampeh...tp alhamdulillahla..lega sikit..then bila sy reply tanya something berkenaan dgn produk kesihatan tu, x jwb lg ==' OK FINE.
http://www.emocutez.com
 Mesty korang akn sangka "Kelang kabut tul mek ni" kn?? Biasa la baru FIRST time.ihihi

3 hari lepas transaksi berlangsung tibe2 ada van pos laju dtg dpn umah! O_o hati berdebar2 bagaikan ada org nk masuk meminang! HAHA..Skali tgk nama, nama i..hee..YEAY!! Barang dh sampai...so x kena tipula..Alhamdulillah..Bolehla mkn supplement sat g...

wink! 

P/s: Tersenyum gumbira~  http://www.emocutez.com

18 Mac 2013

Wanita Tua Masuk Islam Kerana Budak Kecil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, di sini ada satu kisah menarik di mana seorang makcik tua yang dikatakan hendak membunuh diri memeluk Islam hanya kerana dengan seorang budak kecil yang datang kerumahnya, nak tahu lebih lanjut mari kita hayati kisah ini, semoga dapat dijadikan teladan kepada kita semua.. insyaAllah

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. -Wallahua’lam

Ulasan Admin : Cerita di atas adalah kisah benar.Sungguh menusuk kalbu kisah anak kecil di atas.Walaupun masih kecil tapi disebabkan kebaikkannya,dia telah berjaya menyelamatkan seorang wanita yang hampir bunuh diri dan meyakinkan wanita tersebut supaya masuk Islam.Sesungguhnya Islam itu Indah jika kita betul-betul mendalaminya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...